MyHutan Academy

Forum & Bengkel #2

Tonton Rakaman
Forum #2

Hak Tanah Orang Asal

Untuk meningkatkan kemahiran para pencinta alam dengan pemahaman tentang isu-isu, perkembangan semasa dan penyelesaian yang responsif berkenaan hak tanah Orang Asal di Malaysia.
Ahli Panel Forum
Aisling Usun Bagly
Aisling Usun Bagly merupakan Orang Asal beretnik Berawan yang berasal dari Mulu, Sarawak. Beliau merupakan seorang yang bersemangat tinggi terhadap isu alam sekitar sejak usia muda lagi. Aisling percaya bahawa orang ramai harus wujud bersama alam semula jadi dan menghormati alam sekitar kerana manusia bergantung kepada alam sekitar untuk mengekalkan kehidupan kita. Aisling memegang Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Alam Sekitar dan Kelestarian dan bekerja dengan organisasi SAVE Rivers sebagai penyelaras projek pada masa kini.
Ita Bah Nan
Ita Bah Nan, merupakan suku kaum semai dan berasal dari Tapah, Perak serta berkhidmat bersama Malaysian CARE selama 8 tahun dan focus bidang keutamaan dalam pendidikan OA dan penglibatan dalam program kesedaran yang lain untuk komuniti termasuk latihan dan kerjasama bersama komuniti dalam pendidikan dan juga program kesedaran perlindungan tanah adat dan wilayah kepada komuniti OA melalui pendidikan.
Bengkel #2

Kepentingan Orang Asal Dalam Pemuliharaan Biodiversiti

Untuk meningkatkan kemahiran para pencinta alam dengan pemahaman tentang isu-isu, perkembangan semasa dan penyelesaian yang responsif berkenaan hak tanah Orang Asal di Malaysia.
Facilitators
Kamal Solhaimi Fadzil
Kamal Solhaimi Fadzil merupakan seorang ahli Antropologi dari Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Beliau mengajar subjek seperti kursus pengenalan kepada antropologi dan etnografi, serta antropologi visual dan pembangunan. Bidang penyelidikan beliau merangkumi isu-isu yang berkaitan dengan kumpulan minoriti dan hak asasi. Ini termasuk melihat kepada tema pembangunan dalam kalangan masyarakat peribumi yang berada di kawasan perlindungan. Beliau juga cenderung kepada permasalahan kanak-kanak tanpa dokumen dan akses kepada pendidikan.

Tonton Forum Lain

Forum & Bengkel #1

Forum #1

Litigasi Kepentingan Awam Berkenaan Alam Sekitar

Bengkel #1

Aktivisme dan Undang-Undang Alam Sekitar

Forum & Bengkel #3

Forum #3

Kesihatan Awam Dan Perubahan Iklim

Bengkel #3

Peranan Kesihatan Awam dalam Isu-Isu Alam Sekitar di Malaysia

Forum & Bengkel #4

Forum #4

Prasarana Iklim Berdaya Tahan & Membina Bandaraya Adaptif

Bengkel #4

Prasarana Iklim Berdaya Tahan & Membina Bandaraya Adaptif

Forum & Bengkel #5

Forum #5

Komunikasi Untuk Aktivis Alam Sekitar

Bengkel #5

Komunikasi Untuk Aktivis Alam Sekitar

Forum & Bengkel #6

Forum #6

Pembalakan dan Pemuliharaan Hutan Hujan

Bengkel #6

Pembalakan dan Pemuliharaan Hutan Hujan